BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, March 22, 2010

KEMALANGAN....

Peristiwa tanggal 22 MAc 2010 jam 3.45 pm....

sebaik sahaja aku dan farah habis makan tgh hari, kami pun bertolak dari UPM ke bangi. tujuan kami adalah untuk membeli barang2 keperluan bagi melakukan praktis amali masakan untuk final yang kami rancang akan dilaksankan pada hari rabu. setelah selesai membeli belah di yummie bakery, kami bercadang untuk singgah di giant membeli barang yang selebihnya.

setibanya kami di pertengahan jalan, kereta di hadapan kami memperlahankan kenderaan dan berhenti. kami juga turut berhenti diikuti kereta VIOS di belakang kami. dalam 1 minit selepas itu tiba2 kami mendengar bunyi dentuman yang kuat dan dalam hanya beberapa saat badan dan kereta yang kami naiki juga terdorong kehadapan. Sah..kereta farah dicium dari belakang.

kami terpaku seketika....dengan perasaan yang terkejut aku memandang muka farah. jelas tertera perasaan terkejut dan kecewa diwajahnya...("kereta aku...") dalam masa yang sama aku juga dapat merasakan kakiku menggeletar kerana terkejut. apa tidaknya, kali pertama mengalami kemalangan...dan kejadian ini juga merupakan pengalaman pertama farah selama 6 tahun dia memandu.

setelah aku dapat mengawal sedikit perasaanku, aku cuba menenagkan farah dan mengajaknya keluar untuk melihat keadaan keretanya. aku cuba sedaya yang mampu untuk tenang dihadapannya agar keadaan kami tidak menjadi panik. setelah keluar dari kereta, jelas kelihatan kereta VIOS di belakang kami mengalami kerosakkan yang teruk di bahagian belakang. dan alhamdulillah...kereta farah tidaklah seteruk VIOS di belakang kami. kerosakan yang farah alami ialah bumper, lampu belakang, dan plat kereta. nasib VIOS tersebut menekan brek semasa kejadian tersebut berlaku.

sebenarnya, kenderaan yang menyebabkan kami kemalangan ialah lori barang. lori tersebut dikatakan memandu dengan laju sambil bercakap ditelefon....alahai...ni la akibatnya kalau pegang fon sambil memandu....bukan hanya dia yang kena, masalahnya, orang lain akan terlibat sama... (harap En.Tarmizi dan yang lain dapat mengambil iktibar dari kejadian ini..) kepada MR. felix, u r so cool n nice person walaupun rasanya VIOS tu baru beli, tapi U dapat handle sumenya dengan profesional... hampir separuh VIOS ranap... u r a great person... :)

0 comments: