BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, March 13, 2010

Aku dan Sesuatu...

Setelah lama daerah ini ditinggalkan,
aku kembali semula
sekembalinya aku disini,
aku bertemu dengan..


contest

setiap peraduan, mestilah ada habuannya...
tidak lupa juga syarat-syaratnya..
jom kengkawan..
maklumat lanjut klik disini..
perfume free menanti anda... :D


tarikh tutup 31 March 2010



Aku dan Kepala...



Kisah Aku dan Kepala ini bermula semasa aku sem 5.
kisah dimana kali pertama aku perlu memegang kepala patung. lebih menarik, patung-patung tersebut ada muka... women face.. nasib baik lah aku tak lemah semangat..kalau tak alamat ngigau lah malam-malam.. :)

Sebenarnya ini merupakan kelas amali pengurusn diri.
Setiap kali amali, aku akan berjumpa dengan kepala patungku.
bagiku, subjek ini merupakan subjek yang mencabar kerana dengan skill yang baru dibentuk, aku perlu menyiapkan setiap kerja amali yang diberikan pada setiap kali kelas amali aje... tak cukup mase ni.... ape lagi, lintang pukang la aku dan rakan sekelas menyiapkan amali dan kepala patungku menjadi mangsa...ke kiri, ke kanan, depan dan belakang... pusing-pusing 360 darjah pn buleh...(tanpa pengetahuan pensyarah la...) kalau kepala orang, alamat patahlah tengkuk...


Kepala patungku mengalami masalah keguguran rambut yang sangat serius... dan dengan masalah ini, aku juga turut sama mengalami masalah untuk menyiapkan amali dengan lebih cepat. hmm ape nak buat, nasib badan..perlu lah mengendalikan kepala patung ini dengan lebih berhati-hati... sebelum ia menjadi botak..


Setiap kali kakiku melangkah ke kelas amali untuk berjumpa kepala patungku, aku menjadi risau dan stress kerana memikirkan peruntukan masa yang terhad dan untuk berhadapan dengan pensyarah yang didongengkan garang oleh senior2.
Namun aku tetap teruja dan gembira untuk bertemu kepala patungku kerana aku tahu pabila aku bersamanya, aku akan belajar sesuatu yang baru yang bukan semua orang mempunyai peluang untuk mempelajarinya. jadi, peluang di depan mata jangan disia-siakan...



Pencapaian yang paling aku banggakan bersama kepala patungku ialah apabila aku berjaya menggayakan rambut patungku yang tidaklah berapa banyak itu dengan membuat sanggul..
walaupun kepenatan sehingga muka pun berminyak-minyak, namun aku sangat bangga dengan hasil kerjaku sendiri. sungguhpun hasilnya tidak sesempurna mana dimata pensyarah namun itu merupakan kenangan manis aku bersama kepala patungku... :)

0 comments: