BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, October 19, 2010

Senyummu lagi...

kau buatku senyum tertawa
dengan gurau senda manja
mungkin itu adalah karna
kau memberiku kesan yg sama

ku lebih selesa kini
punya teman menemani
andainya kembali bersedih
sudilah memberiku senyummu lagi

**dimatamu kulihat keikhlasan
oh benarkah
suaramu membawa ketenangan
oh benarkah
walaupun kita berdua
sama tapi tak serupa
yang penting, kita saling memahami...

kau buatku senyum tertawa
dengan gurau senda manja
andainya kembali bersedih
sudilah memberiku senyummu lagi...

ulang **

mawi & danielle - filem magika

PERKHIDMATAN MAKANAN

Just pic..... hm...ini antara gambar-gambar yang sempat dirakamkan ketika menjadi peramusaji dan ketika bertugas di bahagian bakeri.....


kaunter pembayaran dan display makanan


with kieong, sebelum pembukaan restoran..


sehari sebelum pembukaan restoran - persiapan

at bakery kaunter...



Sunday, August 22, 2010

Harapn...

harapan....
adakah kan kesampaian....
atau kan tinggal sbg kenangan....
atau adakah kenangan...
kan kembali menjadi kenyataan...

penantian....
adakah ikatan telah ditelan zaman...
atau masih tersemat dihati dan ingatan..

persahabatan..
kuharap kan terus berkekalan...
walau lautan yang memisahkan.....

Monday, March 22, 2010

KEMALANGAN....

Peristiwa tanggal 22 MAc 2010 jam 3.45 pm....

sebaik sahaja aku dan farah habis makan tgh hari, kami pun bertolak dari UPM ke bangi. tujuan kami adalah untuk membeli barang2 keperluan bagi melakukan praktis amali masakan untuk final yang kami rancang akan dilaksankan pada hari rabu. setelah selesai membeli belah di yummie bakery, kami bercadang untuk singgah di giant membeli barang yang selebihnya.

setibanya kami di pertengahan jalan, kereta di hadapan kami memperlahankan kenderaan dan berhenti. kami juga turut berhenti diikuti kereta VIOS di belakang kami. dalam 1 minit selepas itu tiba2 kami mendengar bunyi dentuman yang kuat dan dalam hanya beberapa saat badan dan kereta yang kami naiki juga terdorong kehadapan. Sah..kereta farah dicium dari belakang.

kami terpaku seketika....dengan perasaan yang terkejut aku memandang muka farah. jelas tertera perasaan terkejut dan kecewa diwajahnya...("kereta aku...") dalam masa yang sama aku juga dapat merasakan kakiku menggeletar kerana terkejut. apa tidaknya, kali pertama mengalami kemalangan...dan kejadian ini juga merupakan pengalaman pertama farah selama 6 tahun dia memandu.

setelah aku dapat mengawal sedikit perasaanku, aku cuba menenagkan farah dan mengajaknya keluar untuk melihat keadaan keretanya. aku cuba sedaya yang mampu untuk tenang dihadapannya agar keadaan kami tidak menjadi panik. setelah keluar dari kereta, jelas kelihatan kereta VIOS di belakang kami mengalami kerosakkan yang teruk di bahagian belakang. dan alhamdulillah...kereta farah tidaklah seteruk VIOS di belakang kami. kerosakan yang farah alami ialah bumper, lampu belakang, dan plat kereta. nasib VIOS tersebut menekan brek semasa kejadian tersebut berlaku.

sebenarnya, kenderaan yang menyebabkan kami kemalangan ialah lori barang. lori tersebut dikatakan memandu dengan laju sambil bercakap ditelefon....alahai...ni la akibatnya kalau pegang fon sambil memandu....bukan hanya dia yang kena, masalahnya, orang lain akan terlibat sama... (harap En.Tarmizi dan yang lain dapat mengambil iktibar dari kejadian ini..) kepada MR. felix, u r so cool n nice person walaupun rasanya VIOS tu baru beli, tapi U dapat handle sumenya dengan profesional... hampir separuh VIOS ranap... u r a great person... :)

Monday, March 15, 2010

Bahulu Gulung, Ban Kismis, Kek Carrot


Bahulu Gulung



Bahan-bahan
  • 3 biji Telur
  • 90 gm Gula halus
  • 90 gm Tepung gandum
  • 1 tsp Esen vanila
  • 1 tbsp Jem raspberi
  • 1 tsp Gula halus
Penyediaan
  1. Menyediakan alatan dan bahan. Enjut gula dengan telur hingga kembang dan gebu. masukkan esen vanila.
  2. masukkan tepung. Kaup dan balikkan tepung dengan perlahan-lahan.menggunakan camca logam. Ulang hingga tepung habis.
  3. tuang adunan dalam dulang pembakar.bakar pada tetingkat paling atas selama 7-10 minit.
  4. sediakan jem.
  5. alaskan sekeping kertas minyak di atas kain lembap dan taburkan gula halus diatasnya.
  6. terbalikkan bahulu gulung dia atas kertas tersebut. sapukan jem dan gulungkan.


Ban Kismis


Bahan-bahan
  • 125 g Tepung gandum
  • 1 tsp Bahan penaik
  • 45 g Kismis
  • 15 g Kulit limau campur
  • 45 g Majerin
  • 45 g Gula halus
  • 1 biji Telur
  • 1 tsp Esen vanila

Penyediaan
  1. keluarkan lemak dari peti sejuk. Gaul dan ramas lemak dan tepung.
  2. Masukkan kismis, kulit limau campur dan gula halus.
  3. masukkan campuran telur dan esen vanila.kacau menggunakan garfu menjadi doh yang kental.
  4. bahagiakan kepada 8 bahagian di atas dulang pembakar.
  5. bakar ban selama 15 -20 minit. Sejukkan diatas redai.


Kek Carrot



Bahan-bahan
  • 125 g

    Tepung gandum

  • 1 tsp

    Bahan penaik

  • 125 g

    Gula halus

  • 125 g

    Majerin

  • 2 biji

    Telur

  • 1 tsp

    Esen vanila

  • 2 tbsp susu
Penyediaan
  1. Parut carrot dan tapis airnya-buang.
  2. putar mentega dengan gula hingga kembang
  3. masukkan telur sedikit demi sedikit ke dalam adunan dan teruskan memutar adunan. Masukkan hingga habis
  4. campurkan carrot ke dalam adunan.
  5. masukkan tepung, kaup balikkan tepung menggunakan camca logam.
  6. tuang adunan kedalam cup cake
  7. bakar di tingkat tengah selama 40 minit dengan suhu 180°C.